Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kerajaan Malaysia akan menggunakan Akta Pertubuhan 1966 untuk menyita dan merampas premis yang digunakan pengikut mazhab Syiah dalam menjalankan kegiatan mereka.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagaimana yang dilaporkan Berita Harian hari ini berkata, pihaknya akan memerangi Syiah yang menurutnya bertentangan dengan Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah supaya tidak tersebar di negara ini."Imam dari Masjidil Haram bersama-sama dengan kerajaan Malaysia menyokong definisi Islam sebagai agama yang hanya berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," kata Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, pada sesi penggulungan Perhimpunan UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.Berasaskan laporan ini Zahid lagi, KDN turut mengajak Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk mengikuti jejak langkah kerajaan menindas golongan minoriti Syiah di Malaysia."PAS harus ketepikan kepentingan politik mereka, ini adalah mengenai agama dan akidah umat Islam negara ini," katanya.Dalam sesi ucapan penggulungan itu, beliau juga turut mengumumkan bahawa Lembaga Penapisan Al-Quran dinaiktaraf kepada Lembaga Penapisan Al-Quran dan Hadis bagi memantapkan lagi organisasi itu dalam memartabatkan ilmu agama Islam.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak akhir-akhir ini telah diresapi pendakwah Wahabi yang terkenal dengan kekerasan beragama dan memecah belahkan umat Islam di seluruh dunia.
6 Disember 2013 - 20:30
News ID: 486653
Kerajaan akan menggunakan peruntukan undang-undang untuk menyita dan merampas pusat kegiatan Syiah.